Dalam kerajaan Kim_Hongjip

Misi memperbaharui Joseon

Pada tahun 1881, beliau dengan satu pasukan dihantar oleh Permaisuri Myeongseong berangkat ke Jepun untuk melihat perkembangan di sana. Kim dan pengikutnya terkejut mendapati kota-kota di Jepun lebih cepat membangun daripada yang ada di Joseon 50 tahun sebelumnya, terutamanya Tokyo dan Osaka. Di sambil itu, mereka memperolehi maklumat mengenai inovasi yang diwujudkan Jepun hasil hubungan negara itu dengan dunia Barat; dari segi infrastruktur dan pengangkutan[1] Hasil laporan yang dihimpunkan dipersembahkan kepada baginda Maharani yang mengarahkannya disebarkan kepada para menterinya. Kelompok cendekiawan dalam kalangan yangban yang menganggap ia merosakkan susunan masyarakat Joseon sangat membantah pengenalan kepada idea-idea baru yang diilhamkan itu, malah Kim dituduh mereka sebagai pembelot yang memaling tadah kepada pihak Jepun yang dianggap sebagai musuh kerajaan Joseon.[2]